Malam ini saya menghadiri program Malam Kemanusiaan sempena Karnival Mahasiswa Islam Madani di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Program malam ini adalah usaha untuk menyuntik kesedaran serta solidariti terhadap isu kemanusiaan Palestin, Syria dan negara-negara lain.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim amat konsisten dalam isu kemanusiaan, terutama isu pembebasan rakyat Palestin, di mana kita melihat beliau gigih membawa suara rakyat Malaysia ke pentas antarabangsa.
Maka wajarlah mahasiswa sebagai pemimpin masa depan Malaysia, mengambil langkah bijaksana berasaskan ilmu, untuk lebih agresif dalam menyebarkan idea kesatuan kemanusiaan dengan harapan persaudaraan sejagat dapat dipertahankan.
Justeru, program sebegini dilihat mampu mendidik mahasiswa dengan sikap kepedulian yang tinggi sepertimana yang digagaskan oleh Kerajaan dalam salah satu Rukun Madani iaitu Ihsan.
Saya amat tersentuh hati dengan persembahan anak-anak Palestin dan Syria yang menyuarakan suara hati mereka.
Semoga kita semua menyumbangkan kepada usaha-usaha kedamaian. Islam agama damai. Islama agama rahmah.
Tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan USIM, bersama rakan penganjur – Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Sembilan, Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) dan semua pelajar atas komitmen menjayakan program yang amat bermakna ini.
Tahniah juga kepada YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan semua Timbalan Naib Canselor, Profesor-Profesor, para pensyarah dan semua pelajar USIM.