Islam Mekar di Bumi Wilayah Persekutuan
Tak sangka, sungguh meriah Majlis Zikir Akhbar Madani yang diadakan semalam. Seramai 5 ribu yang datang. Geng muda-muda dan yang umur pertengahan macam saya pun ramai yang datang.
Kebiasaannya malam macam ini dipenuhi dengan aktiviti keseronokan sahaja, kali ini kami bawakan program zikir.
Zikirullah itu penting, zikir tanda kita ini hamba. Jiwa pun tenang.
Saya teruja disebalik musim cuti, tatkala ramai rakyat kita yang pergi melancong dan berjalan, masih ramai yang sudi meluangkan masa dalam program penuh barakah ini.
YB Dr Zaliha Mustafa pun sudi hadir sama semalam. Terima kasih YB.
Alhamdulillah, moga Wilayah Persekutuan terus diberkati. Selamat Hari Wilayah Persekutuan semua.