Majlis Zakat Korporat 2024 berjumlah RM55,457,640.75 kepada PPZ MAIWP

Alhamdulillah hari ini saya menyaksikan sendiri PPZ-MAIWP menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM55,457,640.75 daripada 25 syarikat korporat bagi haul 2022, 2023 dan 2024.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang telah memastikan syarikat-syarikat mereka menunaikan zakat perniagaan.
Diharap mesej berzakat ini dapat dipanjangkan kepada syarikat-syarikat lain. Bila kutipan zakat meningkat secara tidak langsung dapat memperkasakan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.
Saya juga sentiasa memberi ingatan kepada pihak MAIWP untuk mengagihkan zakat tersebut kepada para asnaf dengan penuh integriti.
Alhandulillah MAIWP sentiasa pro-aktif turun ke lapangan mencari asnaf serta membantu para asnaf dengan pelbagai kaedah antaranya memberikan pendidikan dan bimbingan kemahiran.

Selamat Datang, Welcome