Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-64 telah bermula malam ini.
Majlis telah disempurnakan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Temasya tahunan yang amat ditunggu-tunggu umat Islam ini akan berlangsung sehingga 12 Oktober 2024 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Seramai 92 orang peserta terbaik dari 71 buah negara akan mempersembahkan bacaan masing-masing dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan telah menyentuh peri penting majlis ini untuk mempertingkatkan kefahaman kepada Al-Quran serta menambahkan iltizam untuk melaksanakan cita-cita Islam.
Adalah mustahak untuk semua bertekad memperkukuh perpaduan, memaknai kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengambil apa-apa langkah. Ia adalah tonggak kekuatan negara.
Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk memperkukuh syiar Islam di Malaysia.