Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri bersamaan tahun 2024 Masihi.
Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Berdua amat bermakna serta mencerminkan keprihatinan yang amat tinggi kepada urusan pentadbiran agama Islam sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Setiap permulaan Awal Muharram, umat Islam akan memperingati serta merenung kembali peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat Baginda.
Walaupun sirah itu telah berlalu lebih 1400 tahun lalu, tetap ia akan sentiasa relevan apabila ditadabbur maknanya.
Hijrah mengajar erti sebuah perjuangan yang bersulam jerih perih pengorbanan. Mendidik nilai kesetiaan dan setiakawan, merancang dan berikhtiar dengan penuh ketelitian, serta bertawakkal, menggantung harapan kepada Allah SWT.
Marilah kita bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai-nilai Islam bertunjangkan semangat
Al-falah menuju kejayaan dalam membangun Malaysia Madani yang berperadaban tinggi.

Selamat Datang, Welcome