Semua agensi perlu terus menjaga tatakelola kerja serta mempertingkatkan mutu kerja dan tahap kecekapan dalam ruang lingkup agensi masing-masing.
Ini antara mesej utama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Majlis Perjumpaan bagi bulan Februari 2025 pagi ini di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Saya juga mahu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan dengan inisiatif skim bantuan untuk menyambut komitmen YAB Perdana Menteri.
Dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak pada bulan hadapan, semua agensi hal ehwal agama diketuai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM telah membuat persiapan rapi. Masjid-masjid utama di bawah JAKIM dan masjid/surau seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI perlu buat persiapan dari sekarang.
Kita semarakkan Ramadan tahun ini dengan imarah dan penghayatan.




