Majlis Perhimpunan Agensi dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.
Pagi tadi saya bertemu warga agensi dan menyampaikan perkara penting disamping memberikan penjelasan isu-isu semasa.
Peranan agensi agama amat penting untuk menjadi rujukan kepada masyarakat. Hari ini masih ada pihak yang menggunakan pendekatan ekstrem dan melampau dalam pendekatan mereka. Perkara ini mesti ditangani dengan seberapa segera agar ianya tidak membarah.
Gerakerja komunikasi dan penerangan di seluruh agensi hal ehwal Islam perlu dipergiatkan termasuk TV Alhijrah, Penyiaran JAKIM, Radio IKIM dan Radio Salam.fm JAKIM mesti terus agresif, menjawab isu-isu semasa berkaitan hal ehwal Islam.
Saya juga telah mengingatkan agensi khususnya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk mengambil tindakan segera resolusi Kovensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia pada 15 Julai 2024 lalu. Ia adalah komitmen Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Kurang lebih 4 bulan lagi, kita akan menutup tirai kalendar tahun 2024. Begitulah pantasnya masa bergerak dan berlalu. Namun apa yang lebih penting bagi kita adalah pelaksanaan Pelan Transformasi Al-Falah yang menjadi pelantar pentadbiran hal ehwal Islam. Tahun 2024 adalah tahun pelaksanaan Pelan Trasnformasi Al-Falah. Kita mahu melihat segera pencapaian yang telah dihasratkan dalam dokumen tersebut.
Akhirnya saya mahu seluruh agensi Islam termasuk masjid dan surau di Wilayah Persekutuan menggerakkan progem menghidupkan penghayatan kemerdekaan negara.
Semoga kesedaran yang terbina akan menghidupkan perasaan cintakan tanah air.
Terima kasih saya ucapkan kepada YAA Dato’ Haji Mohd Amtan Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan barisan urus setia JKSM yang menjadi Tuan Rumah Perhimpunan tadi.
Terima kasih setingginya jua kepada Ketua-ketua agensi dan seluruh warga hal ehwal Islam atas komitmen. Semoga ukhwah keluarga besar agensi Islam terus erat.