Majlis Perasmian Makanan Halal: Selera Sedunia

Sekitar Majlis Perasmian Makanan Halal: Selera Sedunia di AEON Mall Shah Alam.
Dalam program ini, pihak JAKIM juga telah membuka kaunter Khidmat Nasihat Halal.
Turut bersama saya dalam majlis ini ialah Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.
Semoga program seumpama ini dapat mempertingkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan pensijilan halal Malaysia.
Ini adalah sebahagian peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM untuk memberikan bimbingan serta nasihat tentang pensijilan halal.
Tahniah saya ucapkan atas kolaborasi antara pihak JAKIM dan AEON. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa terbuka dengan mana-mana pihak untuk bekerjasama memberikan kesedaran tentang aspek pensijilan halal.

Selamat Datang, Welcome