Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Baik Pulih Surau Sekolah Kebangsaan Sabak, Sumbangan Bakul Rahmah Madani dan Wang Tunai kepada Golongan Nelayan, Pantai Sabak

Sekitar Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Baik Pulih Surau Sekolah Kebangsaan Sabak, Sumbangan Bakul Rahmah Madani dan Wang Tunai kepada Golongan Nelayan, Pantai Sabak.
Ini adalah pengisian program berikutnya bersama Yayasan Taqwa, Yayasan Waqaf Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Ukhwah Kelantan.
Dalam majlis ini, saya telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM190,650.00 sebagai bantuan baik pulih Surau Sekolah Kebangsaan Sabak. Semoga ia boleh digunakan semula oleh murid-murid untuk program ibadah dan kerohanian.
Selain itu, secara peribadi, saya sangat memahami kesukaran para nelayan apabila musim tengkujuh tiba. Para nelayan tidak dapat turun ke laut seperti biasa berikutan angin kencang, ombak dan gelombang yang kuat memberi risiko terhadap keselamatan nyawa menyebabkan pendapatan terjejas.
Saya menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah Madani dan bantuan tunai RM150 seorang kepada 200 orang nelayan yang hadir pada hari ini.
Semoga sumbangan kecil ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan nelayan dalam menghadapi musim tengkujuh.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ruang dan kapasiti yang ada, akan terus turun ke lapangan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Selamat Datang, Welcome