Alhamdulillah, YAPEIM (Official) yang merupakan salah satu agensi di bawah saya pada pagi ini telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.34 juta kepada 20 Universiti Awam di seluruh negara.
Ini adalah sebenarnya hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’
Seri Anwar Ibrahim yang mahukan seluruh agensi Kerajaan
turun ke lapangan membantu masyarakat yang memerlukan
termasuklah menoktahkan kemiskinan tegar.
Saya berharap dengan bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa yang memerlukan.