“Potensi anak-anak pelajar Sekolah Menengah Agama akan terus dilentur dan dibentuk kerana mereka adalah pewaris negara” itu antara intipati ucapan saya dalam Majlis Penutupan Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 202 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bharu.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fareed bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor.
Turut hadir Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dan dif-dif kehormat yang lain.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan para pelajar yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang MIISMAM 2024.
Tahniah juga saya ucapkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri kerana telah membuat persiapan terbaik mencungkil bakat para peserta.
Setinggi terima kasih jua syabas kepada Kerajaan Negeri Johor atas kecemerlangan acara tahunan ini.