Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M

Alhamdulillah malam ini saya merasmikan Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Melalui majlis ini kita cuba berusaha untuk membumikan Kalimah Tayyibah sebagai panduan kehidupan sekaligus memasyarakatkan al-Quran dalam semua aspek.
Adalah penting kepada kita untuk melahirkan generasi yang boleh menjadi Qudwah Hasanah kepada masyarakat.
Kejayaan negara terletak pada penghayatan ajaran al-Qur’an
dalam setiap aspek kehidupan, termasuk hubungan kekeluargaan dan sosial.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan syabas diucapkan kepada JAWI dan rakan strategik yang menjayakan majlis ini. Moga ia dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.

Selamat Datang, Welcome