Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup Musim Haji 1445H/ 2024M di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 12 Zulhijah (18 Jun).
Dalam majlis tersebut, TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi telah melancarkan Program Nusuk Masar bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah Haji seluruh dunia bagi Musim Haji 1446H/ 2025M
Saya juga memanjatkan ucapan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana Malaysia melalui Tabung Haji (TH) dinobatkan Pemenang Anugerah Labbaitom (kategori Kepuasan Pelanggan) kali ketiga berturut-turut oleh Kerajaan Arab Saudi dalam Majlis Penutup Musim Haji 2024M / 1445H.
Pencapaian ini adalah amat membanggakan Malaysia. Saya berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyediakan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi kerana memilih Malaysia bagi Anugerah tersebut.
Saya juga mengucapkan syabas kepada semua jemaah haji Malaysia yang memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang perjalanan Masyair. Kerjasama ini amat membantu TH untuk mengenal pasti menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Semoga seluruh jemaah Haji dikurniakan haji yang mabrur dan sentiasa menjadi insan bertaqwa juga berusaha meninggikan syiar agama. Firman Allah SWT dalam potongan Surah Al-Hajj, ayat 32:
.. وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maksudnya: ..Sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya ia merupakan antara tanda ketakwaan jantung hati.

Selamat Datang, Welcome