Sekitar Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) yang turut dihadiri Pro-Canselor YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang telah memperkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah kepada Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Muhammed Ahmed Al-Tayyeb, semalam.
Al-Azhar Al-Syarief telah memberikan sumbangan besar kepada umat Islam di Malaysia khususnya dalam bidang keilmuan dan pendidikan Islam.
Sudah tentu penganugerahan ini adalah berteraskan sumbangan besar serta ketokohan Sheikh Al-Azhar di peringkat dunia khususnya dalam bidang ilmu-ilmu berteraskan Al-Quran & Al-Sunnah serta pemikiran Islam.
Saya kagum dengan kupasan Syeikhul Azhar yang ringkas tapi memberi kesan kepada hati nurani mengenai kekuatan mesej Islam dalam mempertahankan pendekatan yang sederhana dan bijak apakala menghadapi permasalahan semasa.
Setinggi ucapan tahniah dan syabas buat Sheikh Al-Azhar atas penganugerahan tersebut.