Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah dilangsungkan dengan penuh bersejarah.
Majlis Konvokesyen Kali ke-15 ini meraikan seramai 1,094 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing setelah berjuang dengan penuh kegigihan dan ketabahan sehingga mengenggam kejayaan.
Tentunya hari ini adalah hari yang terindah kepada para graduan sekalian. Lebih-lebih lagi para ibu bapa, pensyarah jua pendidik saudara dan saudari di UCMI, mereka semua amat berbangga dengan pencapaian para graduan.
Sekarang para graduan semua telah berada fasa baharu dalam kehidupan iaitu memainkan peranan yang aktif untuk berkhidmat kepada masyarakat, nusa dan ummah berakar-umbi kepada ilmu pengetahuan.
Adalah amat bermakna hari ini, adalah kelahiran graduan pertama program Master of Business Administration (MBA) UCMI.
Ini bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi UCMI, tetapi juga menjadi contoh bahawa institusi ini terus berkembang dan melahirkan graduan dengan kelayakan yang tinggi serta kemahiran yang relevan dalam dunia profesional.
Di samping itu, saya ingin memberi penghormatan kepada 35 orang graduan professional yang telah berjaya memperoleh sijil professional daripada Professional Centre of Consultancy & Lifelong (PROCELL) UCMI.
UCMI, salah sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah MAIWP, ia menggalas amanah untuk membangunkan modal insan serta program-program pembangunan ilmu termasuk kepada pendidikan anak-anak asnaf.
Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada kejayaan dan keberkatan hidup.
Selamat maju jaya kepada graduan UCMI Konvokesyen ke-15!

Selamat Datang, Welcome