Alhamdulilah malam ini dapat bersama Sheikh Nuruddin Al-Banjari dalam Majlis Kampung Baru Berselawat Santuni Madani Kampung Angkat sempena Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.
Turut hadir YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Menteri Perladangan Dan Komoditi serta ketua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan kemudiannya berselawat dan berqasidah. Seterusnya kami semua mendengar tausiyah dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari dan majlis berakhir dengan solat Isyak secara berjemaah. Moga majlis seperti ini dapat diteruskan dan dilazimi oleh kita semua.