Majlis Istiadat Konvokesyen ke-18, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).
Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Negeri Sabah kerana menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Kali Ke-18.
Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS hari ini, kita semua akan meraikan kejayaan 313 orang graduan merangkumi :
i. 94 orang graduan Diploma Dakwah Islamiyyah;
ii. 30 orang graduan Sijil Pengajian Islam;
iii. 101 orang graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM); dan
iv. 15 orang graduan Sijil Kemahiran Malaysia (Dakwah).
Para graduan semua, ucapkanlah terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing kerana doa dan pengorbanan mereka, kita berjaya sampai ke tahap ini untuk menggenggam sebuah kejayaan.
Ianya merupakan sebuah kebanggaan yang perlu disyukuri disebabkan kecemerlangan sistem pendidikan IPDAS dalam melahirkan pelapis pendakwah Madani serta generasi Al-Falah yang menguasai ilmu naqli dan aqli.
Adalah diharapkan para graduan dapat mencurahkan segala ilmu dan hikmah kepada masyarakat dengan penuh berakhlak. Para graduan IPDAS perlu sentiasa menjadi jambatan yang mengeratkan keharmonian masyarakat. Memelihara kesatuan dan perpaduan itu adalah kewajipan yang dituntut dalam agama.
Syabas dan tahniah juga kepada seluruh barisan pengurusan IPDAS, JAKIM, para pensyarah, tenaga pengajar bersama seluruh Ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang bertungkus lumus merancang dan mengatur pelaksanaan majlis pada hari ini dengan jayanya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati semua graduan, ahli keluarga dan seluruh warga IPDAS.