Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS 2024

Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS Kali Ke-20.
Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS hari ini meraikan kejayaan 70 orang graduan yang merangkumi :
i-53 orang graduan Diploma Dakwah Islamiyyah;
ii. 14 orang graduan Sijil Pengajian Islam; dan
iii. 3 orang graduan Diploma Tahfiz Wal Qiraat Darul Quran JAKIM.
Alhamdulillah, sehingga kini, IKMAS telah melahirkan seramai 1,552 orang graduan yang telah berkhidmat dan berbakti dalam perbagai bidang kerjaya di lapangan.
Setelah beberapa tahun berada di bumi IKMAS ini, saya yakin para graduan semakin matang dan yakin dengan jati diri, menguasai ilmu yang dipelajari, bersahsiah terpuji serta mampu menjadi pemimpin masyarakat satu hari nanti.
Syabas dan tahniah juga kepada seluruh barisan pengurusan IKMAS, JAKIM bersama seluruh Ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang bertungkus lumus merancang dan mengatur pelaksanaan majlis pada hari ini dengan jayanya.

Selamat Datang, Welcome