Sekitar Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri amat mengalu-alukan kehadiran Sheikh Al-Azhar ke negara Malaysia yang menjadi gedung ilmu dalam dunia Islam.
Ketika menyampaikan syarahan, Sheikhul Azhar telah membuat penegasan agar seluruh umat sentiasa menjaga keharmonian dalam negara. Ia adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Kesatuan umat Islam adalah perlu diperteguhkan demi maslahah umat Islam.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyeb atas segala curahan ilmu dan hikmah.