Sekitar Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan pada semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis Himpunan 24K Huffaz mengumpulkan lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara antaranya pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 madrasah tahfiz al-Quran yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa mendokong agenda pembangunan generasi huffaz.
Semoga kita terus menjadikan Al-Quran sebagai pedoman kehidupan.