Hari ini saya meraikan para penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sekalung tahniah saya ucapkan kepad 20 penerima AKC berkenaan.
Kewujudan YADIM dalam pentadbiran hal ehwal Islam adalah amat signifikan untuk mencorak pembangunan insaniah dalam konteks masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan kaum.
Kita seharusnya terus bekerja dengan bersungguh-sungguh serta menerapkan budaya kerja cemerlang ketika menjalankan tugasan seharian untuk menjayakan misi dan visi YADIM.
Sesuai dengan usia penubuhan YADIM yang sudah mencecah 50 tahun dalam arena dakwah, YADIM perlu bergerak dengan lebih gagah, matang dan berkesan, menjadi institusi jentera menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani serta menjadi agensi tonggak memakmur keharmonian dan kesatuan umat Islam di Malaysia.
Bekerja dengan penuh kecemerlangan dan berkualiti adalah amat ditinggi kedudukannya dalam agama. Baginda Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Maksud: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla mengasihi apabila seseorang daripada kamu melakukan sesautu amalan dengan tekun” – riwayat Imam At-Tabrani
Dalam majlis tadi juga, saya telah melancarkan Pelan Anti-Rasuah Organisasi YADIM dengan jayanya. Ia adalah komitmen tidak berbelah bahagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk bekerja dengan penuh amanah dan berintegriti
Akhirnya, sekali lagi sekalung tahniah buat semua penerima AKC serta penerima Anugerah Khas Da’ie YADIM. Semoga ia akan mendorong semangat kepada seluruh warga YADIM untuk bekerja dengan lebih gigih.