Sekitar Majlis Amanat 2024 dan Pelancaran Sambutan Jubli Emas JAWI yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga agensi atas kejayaan dan sumbangan untuk tahun 2023 demi kepentingan agama dan negara.
Tahun 2024 adalah tahun kita semua untuk melaksanakan semua perancangan yang termaktub dalam Pelan Transformasi Al-Falah dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam mencapai masyarakat MADANI yang kita impikan.
Segala perancangan perlulah dilaksanakan dengan sesegera mungkin. Saya tidak mahu perancangan hanya cantik di atas kertas sahaja.
Saya bersetuju untuk mewujudkan Unit Pantau Pelan Al-Falah yang akan diselaraskan oleh JAKIM yang berperanan mengenalpasti permasalahan, hambatan dan kerumitan dalam pelaksanaan perancangan Pelan Transformasi AlFalah dan mencadangkan langkah-langkah mengatasinya.
Pengenalan unit ini secara langsung mengatasi amalan bekerja secara silo antara agensi-agensi dan Kementerian.
Apa yang lebih penting, ia akan mewujudkan satu sinergi kerjasama pelaksanaan komprehensif bagi mencapai matlamat bersama Pelan Tranformasi Al-Falah.