Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia kali ke-3

Semalam saya rasa begitu semangat apabila hadir ke Dewan Besar UPM dan melihat kontinjen dari semua 14 jabatan mufti di Malaysia.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua jabatan mufti negeri yang menghantar wakil untuk menyertai acara sukan serta tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menganjurkan Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia kali ke-3.
Moga dengan ukhuwwah ini dapat memantapkan lagi pentadbiran hal ehwal Islam di seluruh Malaysia dalam membangun Malaysia Madani.
Sukan menyatukan kita semua.

Selamat Datang, Welcome