Tengahari tadi saya turun membuat lawatan mengejut ke Sekolah Rendah Agama Al-Mukhlisin, Alam Damai, Kuala Lumpur.
Saya mahu memantau keadaan fasiliti sekolah termasuk melihat suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini.
Anak-anak ini perlu diberikan pendidikan terbaik kerana mereka adalah harapan keluarga, bakal pemimpin masyarakat dan negara satu masa nanti.
Semoga anak-anak di Sekolah Rendah Agama Al-Mukhlisin dipermudahkan segala urusan untuk menuntut ilmu.