Pagi tadi saya amat berbesar hati dapat melawat kali yang pertama anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Chow Kit Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif bagi anak-anak di sini.
Pendidikan begitu penting dalam kehidupan kita. Dengan ilmu dan pendidikan, mudah-mudahan anak-anak di sini akan terdidik adab dan akhlak serta berpegang teguh kepada nilai-nilai agama dan budaya yang murni.
Selain itu, melalui pendidikan juga, anak-anak kita akan menguasai ilmu akademik dan seterusnya akan berjaya dalam kehidupan.
Dengan pendidikan, mudah-mudahan anak-anak ini akan dapat mengubah diri menjadi orang yang berjaya. Mempunyai pekerjaan sendiri serta dapat membangunkan keluarga sendiri dengan penuh kejayaan.
Seramai 141 murid bersekolah di sekolah daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas, berumur sekitar 5 hingga 17 tahun.
Selamat maju jaya kepada anak-anak saya ucapkan. Iringan doa akan bersama saya titipkan kepada anak-anak di sekolah ini. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.