Saya sempat singgah ke Mitec untuk melihat sendiri Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung sekarang hingga 20 September 2024.
Alhamdulillah Mihas berjaya mengumpul pelaburan berjumlah RM3.20 billion yang melibatkan 1040 pempamer dari 44 buah negara.
Ini merupakan berita baik buat negara. Moga pencapaian ini dapat mendidik masyarakat terutamanya masyarakat dunia mengenai kepentingan halal.