Lawatan ke MAHA 2024 di MAEPS, Serdang

Semalam selepas majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, pada sebelah petangnya saya ke MAHA 2024 di MAEPS, Serdang.
Alhamdulillah, saya dapat beramah mesra dan menyantuni para pengunjung serta saya juga bertanyakan beberapa persoalan berkaitan pengalaman para usahawan dalam berurusan mendapatkan sijil halal.
Ianya penting bagi saya untuk mendapatkan maklumbalas terus daripada mereka dalam merangka penambahbaikan yang perlu.
Saya juga berkesempatan bertemu YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan serta saya ucapkan syabas dan tahniah di atas penganjuran MAHA 2024.
Kepada mereka yang masih belum berkesempatan ke MAHA 2024 anda boleh hadir beramai-ramai ke MAEPS Serdang sehingga 22 September 2024.

Selamat Datang, Welcome