Selepas program di Kedah saya bersama rombongan agensi agama terus menuju ke Dar Al-Islah Islamic School. Saya amat terkesan melihat kawasan sekolah ini yang sangat-sangat memerlukan pembaikan segera agar pelajar-pelajar ini boleh menimba ilmu dengan selesa.
Kerana itu saya bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM99,700 untuk selenggara naik taraf kantin dan tandas sekolah. Saya juga menyampaikan peruntukan berjumlah RM10,000 untuk pembelian kelengkapan surau seperti karpet dan penghawa dingin.
Pada masa sama, saya juga menyampaikan bantuan tunai RM200 kepada setiap pelajar dan pembelian mesin basuh untuk kegunaan pelajar. Moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini untuk menimba ilmu dengan lebih bersemangat dalam persekitaran yang kondusif.