Pagi ini saya meninjau Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Bahagian Penguatkuasaan JAWI berperanan secara langsung dalam menguatkuasa undang-undang di Wilayah-Wilayah Persekutuan seperti Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Akta 303), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 505) dan lain-lain Akta berkaitan.
Saya mahu Bahagian Penguatkuasaan JAWI terus diperkasa termasuk dalam urusan pengurusan organisasi dan juga kompetensi para pegawai. Saya berterima kasih atas segala dedikasi para pegawai dan kakitangan melaksanakan amanah dengan penuh kecekapan dan efisien.
Terima kasih Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Rozimi bin Zamri dan semua pasukan beliau.