Kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi

Saya menyambut kunjungan hormat sempena lawatan rasmi rakan sejawat saya, Tuan Yang Terutama Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi ke pejabat saya petang tadi.
Turut bersama saya, YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan YBhg Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.
Sesungguhnya lawatan kerja rasmi Tuan Yang Terutama Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi telah menyerlahkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia sebagai contoh program Makkah Route pada Musim Haji yang lepas.
Dalam pertemuan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah Haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.
Semoga hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam.

Selamat Datang, Welcome