Kunjungan Hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah diberikan penghormatan untuk melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa/ World Association for Al-Azhar Graduates.
Saya telah disambut oleh H.E. Dr. Abbas Shouman, Pengerusi Pertubuhan Alumni Al-Azhar Antarabangsa merangkap Setiausaha Agung Majlis Ulama’ / Council of Senior Scholars.
Saya telah diberikan penerangan tentang struktur pentadbiran serta rangkaian Pertubuhan Alumni Antarabangsa Al-Azhar yang digerakkan oleh graduan Al-Azhar dari seluruh pelusuk dunia.
Turut bersama dalam kunjungan hormat ini, Prof. Dr. Nahlah As Sa’edy, Penasihat Sheikh Al-Azhar (Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa), YBrs. Puan Rafedah Abd Aziz, Kuasa Usaha Sementara Embassy of Malaysia in Cairo dan para pegawai kanan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak Al-Azhar Al-Syarief yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia dalam hal ehwal pentadbiran hal ehwal Islam.

Selamat Datang, Welcome