Kunjungan hormat daripada Rektor dan delegasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut bersama-sama beliau adalah wakil daripada Pusat Kesihatan Sultan Ahmad Shah UIAM, Hospital Pakar Al-Islam dan Hospital Pakar An-Nur.
Dalam pertemuan ini, turut hadir YBhg. Dato’ Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, YBhg. Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI bersama wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kami bertukar-tukar pandangan ke arah memperkukuh konsep dan pengisian hospital mesra ibadah. Jika sebelum ini konsep ini dipelopori JAKIM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya terbuka untuk memperhalusi cadangan penubuhan Konsortium Hospital Islam Malaysia yang diusulkan dan bersedia untuk bekerjasama melalui JAKIM untuk apa-apa program bersesuaian.
Semoga apa yang dihasratkan akan dipermudahkan urusan oleh Allah Subhanahu Wataala.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Bin Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan seluruh rombongan atas pertemuan yang cukup mesra tadi.

Selamat Datang, Welcome