Selepas selesai beberapa mesyuarat petang tadi saya dikunjungi delegasi pegawai kehakiman dari Negara Oman yang diketuai oleh Hakim di Mahkamah Agung, YB Nasser bin Salem bin Ahmed al-Jabri.
Pada 20-23 Jun 2023 yang lalu, delegasi pegawai mahkamah syariah Malaysia telah ke Oman bagi Kursus Pendek Luar Negara Mengenai Pelaksanaan Alternative Dispute Resolution (ADR). ADR merupakan satu kaedah yang semakin mendapat tempat dalam sistem perundangan pelbagai negara di dunia buat masa ini. Mahkamah-mahkamah di Malaysia juga telah menggunapakai kaedah ADR ini bagi menyelesaikan kes-kes dengan cepat.
Pengalaman Oman dalam bidang ini amat bermakna buat pegawai perundangan baik sivil mahupun Syariah di Malaysia. Lawatan kerja Delegasi Oman ini diharap dapat memulakan sesuatu yang positif ke arah kerjasama ini.