Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Ustaz Wadi Annuar, Pengerusi Akademi Darul Ilmi. Perbincangan bertumpu kepada pembangunan pendidikan anak-anak.
Akademi Darul Ilmi memberi fokus terhadap pengajian hafazan Al-Quran, hafazan matan hadis, tafaqquf fiddin serta pengajian akademik.
Institusi ini meletakkan matlamat untuk melahirkan generasi hafiz dengan ingatan 30 juzuk secara konsisten, menghafaz hadis serta menghayati akhlak Islam.
Saya doakan moga usaha Akademi Darul Ilmi untuk melahirkan generasi Rabbani dipermudahkan Allah SWT.