Kunjung hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah

Sempena Musim Haji 1445H, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Liga Dunia Muslim di Ibu Pejabat Liga Dunia Muslim Mekah.
Alhamdulillah, Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mempunyai hubungan akrab dengan pihak Liga Dunia Muslim.
Malaysia bersama pihak mereka telah berjaya menganjurkan International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024.
Semoga hubungan baik ini memperkukuh kesatuan dan membawa kebaikan kepada umat Islam.

Selamat Datang, Welcome