Pagi ini saya ke Istana Seri Kinabalu untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Kunjungan hormat ini turut disertai YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan dan YBhg Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin, Yang di-Pertua MUIS serta rombongan Tabung Haji.
Tabung Haji telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Moga dengan serahan zakat ini dapat membantu golongan asnaf.
Semoga Allah memberkati semua urusan kita.