Kunjung Hormat kepada Duta Mesir ke Malaysia

Tengahari tadi, saya amat berbesar hati dapat mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Mesir ke Malaysia, TYT Ragai Tawfiq Said Nasr di pejabat beliau di Kuala Lumpur.
Pertemuan tadi adalah berkisar tentang lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Al Imam Akbar Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al- Tayyib ke Malaysia yang dijadualkan pada 1 Julai nanti.
Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya amat berbesar hati dan amat mengalu-alukan lawatan rasmi nanti yang akan terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Mesir, selain ianya akan mengimarah pembangunan ilmu dan pendidikan di Malaysia khususnya.
Semoga perancangan yang diatur akan terlaksana dengan jayanya.

Selamat Datang, Welcome