Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024″

Alhamdulillah tengah hari tadi saya merasmikan program “Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024”.
Saya menzahirkan penghargaan kepada Jakim dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri di atas usaha dan kerjasama menjayakan konvensyen ini.
Agenda nilai-nilai madani perlu digerakkan dengan penuh optimum dalam sektor awam khususnya. JAKIM diberi tugasan untuk menggerakkan penyelarasan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini juga melancarkan Gagasan Kalimah Tayyibah bagi mengajak kita semua untuk bermula dengan mengungkapkan ucapan-ucapan yang baik.
Nilai kalimah tayyibah sangat mendalam dalam konteks
Islam yang merujuk kepada “perkataan yang baik” atau “kalimat yang baik”. Penghayatan Kalimah tayyibah merupakan asas utama yang diajarkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
Moga segala perkongsian dalam konvensyen ini dapat mengoptimumkan peranan Jakim dalam mengukuhkan penerapan nilai di semua jabatan dan kementerian, InsyaAllah.

Selamat Datang, Welcome