Kayuhan santai sempena “Car Free Day” sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berangkat menyertai kayuhan santai sempena “Car Free Day” sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Selepas kayuhan santai, DYTM Tuanku turut berkenan bercemar duli berangkat ke Ibu pejabat Darul Fikr, Kuala Lumpur.
Patik menjunjung kasih atas segala titah sebagai pedoman buat patik.
Patik berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar dilimpahkan seluas rahmat dan keberkatan kepada DYTM Tuanku.

Selamat Datang, Welcome