Pagi tadi berkesempatan menyertai JAWI Run 2024 bersama Alif Satar dan juga 15,000 peserta larian.
Program yang bermula seawal 4.45 pagi dengen pelepasan kategori 21km. Program diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah dan pelepasan kategori 10km, 5km dan 3km.
Saya turut tersentuh apabila komuniti “Bikeisable” turut hadir bersama anak istimewa menyertai larian Jawi Run 2024.
Pelbagai kaum turut sertai JAWI Run 2024 dan ini membuktikan objektif larian ini untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim serta menyemai semangat muhibbah dan keharmonian dalam masyarakat tercapai.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada JAWI dan juga rakan strategik yang menjayakan acara larian pagi ini. Semoga kita istiqamah dalam menjaga kesihatan melalui sukan dan riadah.
Ini adalah peranan berterusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkukuh kesatuan dan keharmonian masyarakat dalam pelbagai wadah program.