Petang tadi menghadiri International Conference Family Law (ICFL 2024) bertemakan “Empowerment of Child Maintenance”.
Saya amat terharu apabila persidangan ini yang dimulakan pada tahun 2022 ketika saya masih memegang jawatan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM diteruskan sehingga hari ini.
Inilah platform yang amat sesuai untuk kita menimba ilmu baharu terutamanya dalam bab perundangan & kehakiman mahkamah syariah.
Moga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada yang hadir agar kita dapat membangunkan Malaysia Madani.