Forum Perdana Ehwal Islam bersama moderator Ustaz Nabil Ahmad dan rakan panel jemputan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal dan Ustaz Muhammad Noorzam Bahador mengupas isu berkaitan pasangan baharu berkahwin yang tidak mahu dikurniakan anak.
Seperti yang saya sampaikan dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Oh Anak! (Isu Childfree)”, anak-anak adalah anugerah daripada Allah yang mesti disyukuri. Ia bukan satu beban. Bahkan anak-anak adalah harta yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.