Forum Perdana Ehwal Islam Kalimah Tayyibah

Forum Perdana Ehwal Islam malam ini membawa topik Kalimah Tayyibah.
Islam adalah agama yang mengajarkan akhlak. Baginda SAW telah berpesan :
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya. (Riwayat Al-Bukhari)
Semoga kita semua menjadi insan yang menterjemahkan akhlak mahmudah. Ia akan menjadi jambatan kepada perpaduan dan keharmonian bernegara.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membawa mesej Kalimah Tayyibah sebagai usaha membina generasi madani.
Semoga Allah memelihara kesatuan dan perpaduan umat Islam dan seluruh masyarakat di negara kita ini.
Kita semua mesti menjadi penyatu masyarakat dengan Kalimah Tayyibah.
Terima kasih gandingan Panel Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Sahibul Fadhilah Ustaz Fauwaz Fadzil juga moderator Ustaz Nabil Ahmad.

Selamat Datang, Welcome