Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Jiwa Merdeka, Cinta Negara”

Malam ini saya amat berbesar hati dapat bersama-sama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Negeri Sabah dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung dari Tuaran, Sabah.
Alhamdulillah, malam ini Forum Perdana Ehwal Islam dengan tajuk “Jiwa Merdeka, Cinta Negara” yang diadakan di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Sabah.
Forum malam ini dibarisi panel yang hebat antaranya YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias, YBhg. SS Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar, YBhg. Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.
Moga perkongsian malam ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penonton.
Terima kasih setingginya kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Negeri Sabah dan seluruh pimpinan juga agensi Kerajaan Negeri yang menjayakan program Forum Perdana malam ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya JAKIM amat menghargai kerjasama strategik ini demi memperkukuh kesatuan dan perpaduan masyarakat melalui ilmu dan penghayatan.

Selamat Datang, Welcome