Disambut oleh Mufti Republik Arab Mesir, TYT Dr. Shauki Ibrahim Alam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah

Alhamdulillah selamat tiba di Kaherah, Mesir. Saya telah disambut oleh Mufti Republik Arab Mesir, TYT Dr. Shauki Ibrahim Alam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Atas undangan Kerajaan Mesir, saya mewakili Kerajaan Malaysia, menghadiri Persidangan Fatwa Antarabangsa (Fatwa & The Ethical Foundation In An Accelerating World) yang dianjurkan oleh General Secretariat For Fatwa Authorities Worldwide/
الأمانة العامة لدور وهيئات الإفتاء في العالم
pada 29 dan 30 Julai 2024.

Selamat Datang, Welcome