Pagi ini saya bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berada di Kolej Islam Antarabangsa – IIC dalam acara Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti.
Ini adalah antara usaha MAIWP turun ke lapangan untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Program ini diharapkan meringankan beban mahasiswa daripada golongan B40 dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan dan barangan harian.
Bantuan ini menyasarkan golongan mahasiswa terutamanya mereka yang kurang berkemampuan di universiti yang terlibat seperti berikut:
-Universiti Malaya (UM)
-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMKL)
-Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
-Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
-Politeknik Metro Kuala Lumpur
-Universiti Sains Islam Malaysia (USIMKL)
-Universiti Poly-Tech Malaysia
-Kolej Islam Antarabangsa Batu Muda
-Kolej Queens Kpg. Baru Kuala Lumpur
Mengikut data MAIWP, dari tahun 2023 hingga 2024, bantuan telah disalurkan kepada 10,000 pelajar telah menerima manfaat dengan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,200,000.00.
Saya bersama MAIWP akan terus berusaha membantu mahasiswa yang tidak berkemampuan.