Terima kasih kepada Saudara Shah Kirit kerana telah mengundang saya ke program “Badminton Muhibbah” semalam.
Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, saya berasa gembira dapat bersama-sama memeriahkan acara badminton muhibah ini.
Acara seperti ini tidak hanya mempromosikan gaya hidup sihat melalui sukan, tetapi juga mempererat hubungan perpaduan antara masyarakat dari berbagai latar belakang.
Saya percaya bahwa melalui kegiatan seperti ini, kita dapat memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dan saling memahami di antara kita.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan dedikasi dalam semangat kesukanan dan persahabatan.
Saya amat berharap acara ini akan menjadi platform untuk kita semua, tidak kira bangsa atau agama, untuk berkumpul, berinteraksi, dan memupuk semangat kekeluargaan dan persaudaraan.
Negara kita baharu menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, dan hari Isnin nanti, 16 September, akan menyambut Hari Malaysia, seharusnya kita semua perlu menjadi agen penggerak kepada keharmonian negara. Perpaduan negara adalah tonggak kepada kestabilan negara ke arah yang lebih cemerlang.