Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi HEA

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi agensi JAKIM, JKSM, JAWI, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, JAWHAR dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjadi institusi penting untuk menggerakkan agenda Islam dan pembangunan insaniah dalam konteks pentadbiran negara. Segala dasar, program serta apa-apa usaha pembangunan Islam dan ummah adalah digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri.
Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 353 penerima telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada petang ini yang terdiri daripada agensi-agensi terbabit.
Saya amat berharap para penerima APC hari ini akan sentiasa menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan lain di jabatan masing-masing. Saya tidak mahu majlis ini hanya bersifat acara tahunan semata-mata.
Sebaliknya majlis ini menjadi pencetus dan pemangkin kepada gerakan budaya kerja berpretasi tinggi di kalangan pegawai dan kakitangan di seluruh jabatan.
Semua warga perlu terus kekal fokus untuk melaksanakan Pelan Transformasi Al-Falah 2023 – 2027 yang menjadi halatuju pelantar hal ehwal Islam.

Selamat Datang, Welcome