Analisis TV Alhijrah “Agenda Memperkasa Perundangan dan Kehakiman Syariah”

Analisis TV Alhijrah bersama pengacara Saudara Dinie Asyraf. Topik yang dibicarakan malam tadi “Agenda Memperkasa Perundangan dan Kehakiman Syariah”.
Institusi perundangan dan kehakiman syariah adalah antara aspek utama dalam kelangsungan kedaulatan dan kesejahteraan negara. Oleh itu aspirasi penambahbaikan kepada institusi ini adalah agenda Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Institusi perundangan Islam yang berwibawa pastinya dapat menterjemahkan konsep keadilan dan Rahmatan lil Alamin kepada seluruh masyarakat.
Dalam konteks pentadbiran, saya telah meletakkan agenda memartabat perundangan dan kehakiman syariah sebagai tonggak penting kepada Pelan Transformasi Al-Falah.
Antara usaha yang telah dilakukan ialah menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan di bawah MKI. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani benar-benar serius dalam usaha-usaha memperkasa perundangan dan kehakiman syariah.
Terima kasih Puan Nadzariah Mohamed, Ketua Pegawai Operasi TV Alhijrah bersama Tuan Haji Saifulizan Sidek, Ketua Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah mewakili pengurusan tertinggi TV Alhijrah.
Tidak dilupakan Penerbit dan semua krews bertugas.
Moga Allah mencatat kerja kita sebagai amalan ibadat.

Selamat Datang, Welcome