Marilah bersama-sama kita warga agensi bersatu hati, bergerak seiring memartabat Islam di Malaysia.
Semua warga agensi perlu meningkatkan usaha serta menumpukan fokus bagi menjayakan usaha ini.
Itu antara mesej yang saya saya sampaikan dalam Amanat Tahun 2025 bertemakan “Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar di Bumi Malaysia”.
Tahun 2025 ini semua agensi perlu menggerakkan 5 agenda pengisian seperti berikut:
i-Mengangkat Pembangunan Al-Quran dan Hadis;
ii-Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Islam;
iii-Memperkukuh Aplikasi Teknologi Dalam Tadbir Urus;
iv-Melestari Kesejahteraan Sosial Ummah;
v-Memperkasa Perpaduan Ummah dan Keharmonian Tamadun.
Seluruh warga perlu mengukuhkan kesatuan fikir dan kesatuan amal untuk membangunkan negara Madani.
Dalam Perhimpunan Bulanan Agensi tadi juga, telah diluncurkan platform infaq iaitu Direct Debit YAPEIM bersama-sama Buku Kompilasi Model Tahfiz Darul Quran JAKIM dan Buku 25 Tahun ILIM.
Selain itu, saya turut meluncurkan program baharu TV Alhijrah iaitu Hadis@114 sebagai usaha memperkukuh penghayatan hadis dalam masyarakat. Agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus membangunkan program-program bermanfaat kepada ummah.
Terima kasih kepada Ketua-Ketua Agensi bersama seluruh warga yang menjayakan program Perhimpunan Bulanan tadi. Tahniah kepada Tuan Rumah TV Alhijrah, YAPEIM dan Masjid Putra, Putrajaya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Yayasan Waqaf Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI Institut Kefahaman Islam Malaysia TVAlhijrah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan-JAPENSWP Tabung Haji YAPEIM (Official) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – JKSM Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Pusat Pungutan Zakat Jabatan Wakaf Zakat & Haji Institut Latihan Islam Malaysia Darul Quran JAKIM